Friday 29 November 2013

minggu minggu terakhir sebelum berakhirnya semester 1 tahun3

Bismillahirahmanirrahim

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

alhamdullilah..aku masih diberi kesempatan bernafas untuk bertaubat kepada Allah

minggu yang sibuk siapkan assignment..thesis..program Perodua Eco Challenge 

semua ini aku yang pilih..jalan yang aku pilih..aku tak boleh menyesal.. walaupun agak sibuk dan pelajaran terganggu

tindakan yang aku perlu lakukan

doa pada Allah yang pegang hati ini beri ketenangan hati..yakin diri pasti boleh handle semua ini

re arrange and re plan timetable agihkan masa sebaiknya

aku yang kena buat keputusan bijak sebab demi masa depan kalau tidak binasa nya aku yang tanggung

bersusah susah sekarang demi hendak bersenang senang dikemudian hari

redha Allah terletak pada redha mak dan abah

nak redha mak dan abah bahagiakan mak dan abah dahulu

mak dan abah bahagia bila lihat anak nya ini berjaya dalam hidup punya masa depan cerah

mak abah selalu cakap berusaha ubah kehidupan agar hidup lebih selesa nak apa semua dapat

kehidupan sekarang perlu disyukuri..banyak sedekah walaupun duit rasa serba kurang

rezeki yang Allah beri kena redha walau sikit...Allah Maha Kaya

bila bila masa Allah boleh beri kekayaannya pada diri kita

berfikir sejenak

ya benar,,mungkin rezeki aku bukan sekarang sebab Allah nak aku belajar bersyukur rezeki yang sedikit ini

walaupun kehidupan aku tak sama seperti orang lain..tak ingin aku ungkapkan pada orang lain susah payah yang sebenar dilalui

cukuplah orang lain lihat aku bahagia sentiasa serba cukup sentiasa

tak ingin ihsan dan kasihan orang lain

sebab kehidupan yang dilalui sekarang yang kadang terasa sukar..aku patut bersyukur kerana ada lagi insan lain yang lagi susah dalam kesempitan hidup

aku mampu update blog..ada ramai lagi yang internet komputer pun ada yang tak pernah sentuh

yang penting terbitkan kesyukuran pada Allah

terbitkan keikhlasan hati

banyak senyum

laksakan tugas sebagai pelajar yang diamanahkan 

insyaAllah

Allah is the best planner

bahagiakan mak dan abah..insyaAllah ada rezeki dapatkan anuerah dekan lagi buat kesekian kali nya ini..

Ya Allah redhakan hati ini...redhakan mak dan abah semoga Allah redha =)

ASTER
PEC UKM
cabaran redesign myvi kepada design yang totally different
program yang aku kendalikan bersama sama team PEC yang lain
moga kemenangan berpihak
insyaAllah 

1 comment: