Thursday 20 March 2014

aku student internship

Assalamualaikum

Ni entry 1st bagi tahun 2014..rindu teramat rindu nak berceloteh dalam ni..yup even blogging sounds obsolete..ada aku kisahh?? yang penting aku bahagia kan kann sebab pada aku blogging lain tau perasan dia dengan bertwitter..ber ig..ber fb..ber wechat ber line ber dayre segala social network lahh
bila blogging rasa puas ko dapat luah apa yang ko nak kat sini sebab ko sendiri baca bila takde orang lain baca erkk hahaaaa

ok back to the topic, actually apa yang aku nak cerita aktiviti hidup aku sekarang adalah aku sedang berinternship berlatihan industri..
aku kena habiskan 4 bulan internship kat mana2 organisasi kat M'sia nihh

so aku memilih berinternship kat syarikat baru bukak kat SiLC Nusajaya Compass Wool Processors..area kawasan Gelang Patah
Syarikat ni memproses bulu kambing yang diimport dari Australia,.kira bulu kambing biri2 yang lepas shave kat Australia tuh terus dieksport ke Malaysia dibawa masuk ke syarikat ni
Syarikat ni yang pertama kat Asia Tenggara tau so banggalah sikit dapat masuk co. ni bak kata Kak Diana dept. purchasing tu hihihiii

disebabkan aku tinggal kat Ledang Johor so aku kena berhijrah ke JB dan aku tinggal dengan family angkat aku
entah kenapa sanggup aku tinggal kat rumah orang dan jauh dari rumah semata mata nak intern kat tempat nihh..nasib baik mak abah izinkan..alasan aku satu je..aku nak adventure tak nak duk kat kampung je tapi tulahh aku tinggal kat rumah family angkat aku kadang rasa menyusahkan mereka juga tanggung aku pulak hukhukhukk insyaAllah bila aku dah kerja nanti tak kan ku lupa jasa family angkat aku ni

Alhamdullilah..family angkat aku ni baikk sangat layan aku macam family sendiri dan paling penting terapkan aku juga dengan didikan agama..ajar berzikir berselawat berjemaah time solat..alhamdullilah..

ok rutin harian internship..setiap pagi call teksi pergi ke Petronas Bandar Tampoi Utama tunggu Kak Haz kat sana bawa kami pergi syarikat tuhh..hari hari tumpang Kak Haz yang baik hati ni..
15 minit kemudian sampailah kami kat syarikat tu..

sampai sampai co. ni aku akan collect semua punchcard staff and workers kar sini..aku kena key in data diorang dalam excel..ada je sistem fingerprint tp punchcard pun diwajibkan sekali..dan kalau nasib aku baik..pak cik security kat guard house akan bagi aku kuih epok-epok setiap hari time aku collect punch card tu..aihh baiknya pak cik ni..segan dah aku hari2 dapat breakfast free..takpe rezki aku terima je n share dengan akak2 kat office tu..

selain buat kerja2 HR aku pun ditugaskan kat dept. Purchasing..one of the job scope aku match Invoice,DO, PO,PR,Quotation for Account dept. hari2 lah aku buat benda ni selain kena call supplier, discuss dengan supplier

disebabkan syarikat ni ada mat salleh as manager dan singaporean yg ramai..English adalah antara bahasa rasmi kat co. ni..nak tak nak kena jugak lah speaking bila kena deal dengan diorang..mula mula memang lah susah lama2 ehh berani kau ak speaking...yang penting cakap je even grammar terabur yang penting diorang faham apa yang kau nak sampaikan..paling penting willing to learn and have confidence bak kata Mr.Han.

selain tuhh,,aku ada lah ditugaskan handle foreign worker dari Nepal and Kemboja pergi buat atm card diorang..aku naik bas mini sama2 ngn diorang g Maybank..Ya Allah kesabaran tau bila kau cakap Melayu and English diorang tak faham huhuuu..mmg kena prepare mental fizikal..luckily, stilll ada yang faham sikit2 apa aku cakap mmg bersyukur sangat lah ..tak da lah aku terpinga -pinga kat situ. Rugi pulak aku tak belajar bahasa Khmer dari akak iparku yang Cambodian tu..

aha..ni lah rutin harian aku as budakk intern ..gelaran yang aku dapat secara tak rasmi oleh pekerja kat sini.
even elaun aku dapat sikit tu tak halang untuk aku n kawan aku si Ainul buat kerja sungguh2..ni lah masanya kami nak apply apa yang kami belajar..

Last but not least..ada lebih kurang 2 bulan je lagi nak abiskan praktikal kat sini..aku pun dah mula serasi dengan staff and boss kat sini..alhamdullilah banyak aku belajar.
Kesimpulannya, bila kau intern kena buat kerja remeh temeh please jangan merungut mula2 mereka mmg akan bagi kerja yang kau rasa eh perlu ke aku student intern dari univeriti ternama n terkemuka kat M'sia ni, degree or diploma holder pulak tu kena buat semua nihh (tangan dibahu mata pandang atas)
erkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
kalau ada fikiran macam ni..memang tak boleh pergi jauh lah kau..ingat, kita bermula dari bawahh sebelum sampai kat atas
renung-renungkan..ingatan buat sendiri jugakk ni =)

 aku bersama Kak Diana yang tengah preggy Purchasing dept. and Ainul..
kami tetap berjubah even that Mat Salleh kat office tuh tak suka kami bertudung
biar cantik dipandangan Allah =)

No comments:

Post a Comment