Friday 27 September 2013

Segerakan solat zohor

Assalamualaikum bro..

# part 1
Alhamdullilah hari ni diberi peluang oleh Allah kami berjumpa
kami bekas pelajar SMKBG Ledang Johor
mengadakan mini reunion
masing masing yang dari uia.um dan ukm 
berjanji jumpa di The Mines
eratkan ukhuwah 
walau sebelum ni macam ada jarak antara kami
aku pun tak pasti kenapa
semakin meningkat dewasa semakin berfikir
abaikan kisah lama eratkan ukhuwah
alhamdullilah bertemu kerana Allah 
hati tertaut hati tersenyum
hati terjentik manis nya persahabatan
moga kekal hingga ke syurga


lovely syida..beautiful bea..sweet ever belle and tatey..
I love them for the sake of Allah

#part 2
most important part
1.20 pm @ The Mines Serdang
masuk waktu zohor
kawan kawan yang dari tadi membeli belah terus mencari surau 
segerakan solat
aku yang tolong jaga barang mereka ni duduk lah luar surau sebelah mak cik cleaner
mak cik nih peramah
dia cerita lah dia punya kerja ni penat tapi dia bertahan sebab nak cari rezeki yang halal sara keluarga
alhamdullilah aku bangga dengan mak cik cleaner ni
kemudian makcik ni cakap kat aku pasal solat zohor wanita dihari jumaat
mak cik: baru masuk waktu,dah ramai perempuan yang terus solat,sepatutnya kena tunggu lelaki habis sembahyang jumaat baru kita yang perempuan ni boleh solat zohor 
aku : tapi setahu saya makcik, masuk waktu je kita wajib segerakan solat
mak cik : eh mana boleh macam tu nak..kita kena tunggu dulu..kan orang orang tua kita pun buat macam tu
aku : senang cerita macam ni makcik..kalau kita lewatkan solat.Allah dah tarik nyawa kita ..tak sempat lah kita nak kerjakan solat.betul tak mak cik (dalam hati, jawapan ni semua arwah embah wedok yang ajar)
mak cik : (tenung aku dalam dalam) err betul juga tu.terima kasih nak.

mood : aku teringat sangat kat arwah embah wedok.alfatihah buat beliau.
moga Allah mencucuri rahmat.
al fatihah




No comments:

Post a Comment