Monday 16 September 2013

Jujur..ikhlas..tak pernah putus asa..

Assalamualaikum

senyum sikit..manis nya ...

tetiba aku ada mood nak update blog yang hidup segan mati tak mahu ni

dalam hidup kena ada prinsip dan ini antara prinsip yang terpakai dalam hidup aku yang aku aplikasikan dalam banyak benda

diri aku sendiri 
aku tahu bila aku jujur dan bila tak jujurnya
tak kira dalam percakapan atau perbuatan
padah bila tak jujur aku yang tanggung sendiri
dan orang sekeliling tanpa aku sedar turut terkesan dengan sifat tak jujur 
sebab tu
jangan perntingkan diri sendiri
berlaku jujur tak kira tempat dan masa pada semua makhluk
insyaAllah kepercayaan dan keyakinan orang pada kau
kau dapat
Allah pun sayang

senyum sikit
aku tak nak lah
jangan kau paksa 
sebab aku memang sejak azali susah nak senyum
pada aku biarlah aku senyum bila ikhlas je
tapi aku silap
mak pesan senyum dengan semua orang 
mula mula tak ikhlas 
lama lama terbiasa akan jadi ikhlas
sebab orang tak senyum ni orang yang sombong
dan jangan kau lupa senyum tu sedekah yang paling mudah
jangan kau remehkan kebaikan walaupun hanya sekadar senyum
sebab orang tengok kau senyum
orang akan bahagia
walau kau tak punya lesung pipit kiri dan kanan
yang penting senyum ikhlas kau akan menjentik hati orang yang tengok kau senyum
paksa lah diri buat apa pun kebaikan selagi kau bernyawa
walau tak ikhlas lama lama kau akan terbiasa buat baik
dan hati kau akan tenang bila buat baik
insyaAllah kau akan ikhlas buat semua tu
sebab kau tahu
bila kau ikhlas buat sesuatu
insyaAllah Allah akan redha akan engkau

habis sekolah menengah
aku terfikir
boleh ke aku belajar tinggi tinggi 
sampai masuk U
result spm aku pun bukannnya bagus sangat
tapi
mak ajar aku sentiasa ucap alhamdullilah
semua Allah dah tentukan dengan usaha yang aku lakukan masa spm
tawakkal pada Allah
jangan pernah putus asa doa dan usaha
alhamdullilah aku berjaya masuk
Kolej Matrikulasi Johor
dengan result yang alhamdullilah
kemudian
melayakkan aku sambung ijazah
di Universiti Kebangsaan Malaysia
alhamdullilah Allah jawab doa aku
aku bukan budak pandai  dan aku dah lama tahu tu
aku tak boleh leka dan lalai sebab belajar kena ada matlamat 
aku tak nak putus asa
aku nak bahagiakan mak dan abah
beri mak tengok kejayaan cemerlang aku
dunia dan akhirat
semua nya pergantungan kita pada Allah
kalau Allah tak tolong aku jangan harap aku boleh sampai tahap ni
yang penting jangan pernah putus asa
minta segala kebaikan dari Allah 
sebab Allah kan Maha Kaya
moga Allah redha akan kita hidup dunia dan akhirat 


buat pertama kali kat ukm ni aku dapat anugerah dekan bukan senang nak dapat sebab pointer kena atas dari 3.67
dipanggil anugerah dekan baru aku tahu rupanya dekan fakulti yang sampaikan that's why anugerah dekan
aku tunjuk gambar ni bukan nak bangga tak ada guna pun
tapi nak bagi aku terinspirasi lagi sekali dan mungkin kau juga
bila tunjuk gambar ni kat mak
betapa terharu nya mak sebab bangga dengan aku
semua ni pun atas izin Allah
moga semester terakhir ni aku dapat berjuang sebaik mungkin
insyaAllah

sekian..Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment