Wednesday 17 July 2013

RAMADHAN BERSAMA FAMILY ROOMATE

Assalamualaikum

Ramadhan pertama yang jatuh pada hari Rabu 10 Julai 2013 sambut di kolej..biasalah jadi pelajar yang ambil short sem dekat fak. ekonomi & pengurusan ni memang dah biasa dah

ehhh,,baru dua kali je pon dah kecoh muahhahahah

maksudnya dah dua tahun menetap dekat bumi bangi ni dan paling penting bulan 9 ni aku dah bergelar final year student.. 

Ya Allah betapa pantas masa berlalu

kelas untuk short sem cuma selasa dan khamis jadi 

hari khamis minggu tu ikut roomate balik rumah dia sampai hari ahad

duduk rumah orang kena behave jangan buat perangai malas atau apa apalah yang boleh malukan mak dan abah..mereka ni duk kat sg.kantan kajang je so memang dekat sangat lah dengan bangi tempat aku menetap kat kolej ni

aha selesa sangat dengan family roomate ni sebab mereka terima aku..senang nak masuk lah senang cerita walaupun aku malu malu muehehehhe

alhamdullilah..terubat rindu nak buka puasa kat rumah bersama keluarga

ini cerita kat rumah roomate kat kajang
aku tolong memasak kat dapur..so dapat lah belajar masak cara melayu ni asyik style jawa dan kemboja aje kan 
atleast tukar lah angin walaupun jawa dan melayu tak banyak beza mana pun

belajar masak terung masak sambal..sup ikan..nampak simple atleast lepas ni kalau mak suruh masak tau lah aku nak masak dengan confident nya

then after buka puasa ..pergi solat tarawih dekat surau sungai kantan..buat lapan rakaat then ada ceramah lepas tu

aha ni ada sedikit perkongsian dari ceramah ustaz malam tu

mari baca dan amalkan 5 perkara bagi mudah ingat sesuatu

  1. Solat malam walaupun dua rakaat
  2. Makan sekadar keperluan
  3. Tanamkan rasa takwa dalam diri
  4. Rajin berwhuduk
  5. Rajin bersiwak
Kemudian hari Jumaat

Pergi ke rumah sebenar roomate di Hulu Langat
Rumah kat Kajang ni rumah sewa dan khabar nya bila mak dan ayah roomate dah pencen barulah mereka betul betul pindah Langat

Belajar masak lagi kali ni sayur goreng belacan je sebab mak dan ayah roomate beli makanan kat luar..malam macam biasa pergi tarawih kat masjid Langat

masa tarawih jumpa nenek nenek teringat pada arwah embah wedok..satu satunya nenek yang aku ada yang baru tinggalkan dunia fana ni masa bulan dua hari tu..alfatihah buat arwah..moga Allah redha..

after solat tarawih nak balik..roomate offer aku drive kereta dia..aku yang dah lama tak drive sebab lesen simpan kat muzium negara..beranikan jugak diri untuk drive...
yeahhh..alhamdullilah..berjaya walaupun takut takut..tapi atleast dapat semula confident untuk drive heheheee

Hari Sabtu

After subuh kami bertadarus..diketuai oleh Mak roomate dan disertai oleh aku..roomate dan adik perempuannya..bila dah lama tak berguru baca alquran asyik baca sendiri je..banyak lah kesalahan tajweed yang tak sedar kita lakukan ..
ni lah indahnya bertadarus..saling mengajar dan belajar

Ya Allah aku bersyukur jumpa keluarga ni..bila Islam sebagai panduan hidup berkeluarga..dapatlah mereka keluarga sakinah yang diimpikan oleh setipa insan kerana tidak semua orang bertuah memilikinya

Belajar masak ayam masak hijau oleh Along,kakak sulung roomate dan masak sup sayur dan aku tak terkecuali ajar pula mereka makan sambal totok yang aku buat..memang berapi giler hehe

Sambung tadarus lagi..alhamdullilah indahnya suasana ini..

Then pergi lagi Tarawih malamnya..jumpa lagi nenek nenek teringat arwah embah wedok..moga Allah redha akan arwah.. sama seperti


Hari Ahad
sama seperti sebelumnya selepas subuh tu kami bertadarus lagi..alhamdullilah diberi peluang oleh Allah

Pagi area pukul 9 kami merempit aku yang bawak biasalah budak duk kampung macam aku kalau tak pandai bawak motor memang kena gelak aje lah hahha
aku ronda ronda kampung siap pergi kolam air panas rendam kaki then pergi dusun buah tengok tengok jelah almaklumlah puasa kan then after penat merempit

ikut angah dan adik roomate pergi ambil air dekat kaki gunung ke bukit ye aku tak ingat kat kawasan sungai tekali..
bila dah sampai kena tunggu turn sebab ada orang lain lagi yang ambil air 
berbotol botol jugak lah kami ambil air sebab air kat kawasan tu memang segar,,semulajadi dan sedap dan boleh jimat air masak kat rumah kot..
oh kisahnya..patut lah sedap je air yang aku minum kat rumah roomate ni

Belajar masak lagi..kali ni best sebab masak sambal bilis tempoyak..memang sedap lepas ni nak try kat rumah lah sebab mak aku tak pernah buat seingat aku dan belajar masak kari ikan..moga bertambah lagi confident aku nak masak lepas ni hehhheheee insyaAllah...

Terima kasih mak abah roomate dan sekeluarga sebab ajar masak..ajar ngaji..bagi tempat tinggal selesa dan segala kebaikan yang tak terucap lah

then off to Bangi..

Sekian,
fasseh sihahh
Assalamualaikum =)
eh jap..meh tengok sikit muka roomate nih hehehe

No comments:

Post a Comment