Sunday 18 November 2012

Bukit Broga ku tawan tertawan...

Assalamualaikum.....
Aku berjaya menawan puncak Bukit Broga..alhamdullilah..Nov 3 2012..

Sudah lama sangat teringin tapi xde sapa nak bawa..tapi hari ni dapat pergi sbb en lalan a.k.a abg lan offer..apa lagi,,terus la grab the chance ...

Bukit Broga terletak di bahagian Timur Pekan Semenyih Selangor Darul Ehsan sejauh 4 kilometer menghala ke Broga. Ketinggiannya ialah 400 meter dari paras laut. Bukit Broga kini menjadi tumpuan orang ramai terutama di hari minggu dan cuti umum sebagai tempat rekreasi. Malahan dengan ketinggian yang sederhana ini mampu men jadi lokasi latihan bagi mereka yang suka dengan aktiviti pendakian. Bukit Broga juga menjadi lokasi bagi penggemar fotografi untuk merakam gambar sunrise dan sunset...sumber (google).

Trip ni sebenarnya sbg latihan intensif kpd en lalan n da geng utk ekspedisi menawan puncak Kota Kinabalu next two weeks n disebabkan seat blkg kereta en lalan kosong,,so ,,saya,,zaf,,teh n eliya tumpang sekaki apabila dipelawa,,,walaupun segan sebenarnya sebab mcm menyibuk ikut program org,,tapi arrggggghh..jiwa aku yg ganas n lasak ni dh lama x buat aktiviti mcm ni,,,just ignore it ok...

ok mari kita menikmati gambar gambar indahnya ciptaan Allah yang perlu dikongsi bersama..x byk mana pon tapi nice lah teeeeeeetttt..



diatas awan..ingin ku capai tapi tangan  x sampai


subhanAllah indahnya...






haa,,ini adalah kami2 satu trip yang menumpang kete en. lalan,,haip2..gamba mcm kat kebun blkg umah je kan hahaha


Teh si tudung biru agak kepenatan disebabkan asma nyer..tapi tetap semangat mendaki lagi..good job Teh!!!

iklan sebentar...ini adalah model Broga Hill..stylo mylo kan beb?? hahaha

saat ni paling penting sbb ad signboard tu n kami2 lah antara ya g berjaya menawan Puncak Broga...alhamdullilah..best!! n yang kuning2 kat gamba ni adalah team2 nak daki Gunung Kinabalu..kami je special heheh


Ada lagi aku nak tulis..hmm  time hiking ni aku jumpa kawan lama yang aku kenal time aku 
darjah khas kat sek agama dulu..hmm..time ak form 2...bayangkan 6 tahun yang lalu time aku 
budak2 lagi..bila terpandang je dia aku terkejut tapi aku rasa pelanduk dua serupa je kot..mana lah 
nak jumpa dia kat sini huhu

Time nak menuju ke puncak..Teh and Zaf x daki sampai atas..so,kami yang asalnya berenam
 bersama2 mendaki tinggal tggl kami berempat je,,aku..eliya..en.lalan and en.ikwn..
ada satu part just aku berdua je ngn eliya..en lalan n en.ikwn dah jauh ke depan..
time tulah ak rasa x secure beb..sebab jarak ak ngn eliya pon jauh..
so ada lah..suara2 kacau aku n halang jalan aku nak mendaki..
haishh kat cni pon mereka2 yang ntah siapa2 ni nak kacau aku..
kesimpulannya..aku jgn EKSEN sangat nak pi sorang..berjemaah kan lebih baik huhu

 As a conclusion..I'm so happy n pasang niat nak mendaki lagi Broga Hill ni sebab ni lah 1st time 
aku mendaki...Gunung Ledang kat Sagil yang terletak kira kira 30 minit je dari rumah aku tu pon aku x 
pernah daki disebabkan ketidakpercayaan mak n abah atas kebolehan aku,so after this hopefully mereka 
akan caya kat anak nyer ini kihkih

The End.

No comments:

Post a Comment