Sunday 21 October 2012

bila mak mengungkap rindu

Bismillahirrahmanirrahim.......

Oh betapa berdosanya batin si anak terasa dan terseksa

Suatu pagi yang indah

Si anak menerima panggilan dari emak nya..

si emak bercakap melalui telefon dengan suara penuh kasih sayang dan syahdu

perbualan bermula..

Emak : Assalamuaikum,anak mak yang comel

Anak : Waalaikumsalam..haha mak ni mmg suka puji saya ae,,memang saya comel pon hhahah (gelak panjang)..Mak pg ni org ada program lah..tengah nak bersiap siap ni..kenapa mak call ye??

Emak : Oh ye lah ..ye lah..Mak cuma nak cakap mak rindu kamu tu je..(dengan suara yang sangat perlahan dan sebak)

Anak : Mak..lama sangat ae org x balik..a'ah lah dekat dua bulan dah..mak sorry nnati 24/oct InsyaAllah org balik umah..

Emak : Ok ..xpelah..mak faham...Assalamualaikum..

telefon dimatikan oleh si emak dengan kadar yang segera tanpa sempat si anak membalas salam..

oh..jarang si emak memperlakukan si anak sebegini..
sedarlah si anak dia telah melakukan kesilapan yang besar dan sangat berdosa iaitu membuat si emak rindu dengan kesibukan di kampus yang boleh dielakkan..
ya Allah..ampunilah diri ini..


Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.[1]


Hadis ini membenarkan apa yang disebut sebelum ini, bahawa hubungan seorang anak dengan ibubapanya memiliki kaitan dengan hubungannya kepada Allah. Jika seorang anak berbuat baik kepada kedua ibubapanya sehingga mereka redha kepadanya, maka Allah juga redha kepada anak tersebut. Akan tetapi jika seorang anak tidak berbuat baik sehingga menimbulkan kemurkaan ibubapanya, maka Allah juga murka kepadanya.


oh..lemas si anak mendengar hadis tersebut,,lantas hanya pada Allah dia mohon keampunan..
mak Maafkan orang,,selalu paling lewat dua hari sekali mesti orang call mak..tapi minggu ni agak busy ,,hope mak mengerti..dan sebenarnya mak selalu mengerti..mak tak ambil hati pon apa anak dia buat..
 the most  beautiful and gorgeous lady I ever known ......
sayang mak kerana Allah..sayang and rindu jugak sangat sangat.....
ok
assalamualaikum.....

No comments:

Post a Comment