Thursday 3 January 2013

2013 masihi wawasan vs azam??


Assalamualaikum...salam tahun baru masihi

as umat Islam,,kita dah pun sambut tahun baru Maal Hijrah kita untuk 1434 H

dan ni untuk tahun 2013

life as astudent,,sejak dah jadi student degree,,of course lah tiap2 tahun akan smbut dengan mood final exam

sekarang dah tahun 2 kat bumi ukm ni

maksudnya dah 2 tahun jugaklah sambut New Year dengan exam hihi

baru je selesai satu paper BUSINESS COMMUNICATION 

ada lagi 5 paper kena go through

alhamdullilah boleh jawab..macam mana result belakang kira

yang penting tawakal after put some big effort =)

nak selitkan azam tahun baru le kat sini

eh jap..bak kata prof Dr Muhaya,,azam hanya untuk tahun je ia akan sekejap

so..kena letak ia sebagai wawasan kerana kita akan laksanakannya sepanjang masa insyaAllah =)

antaranya : 

Nak jadi muslimah hebat untuk Islam

Jaga aurat dengan sempurna dan perbaiki akhlak untuk tunjuk depan non Muslim
bahawa Islam ni indah

Jaga solat dengan sempurna dan khusyuk
agar bertambah cinta dan kasih sayang rahmat Allah

Tingkatkan selawat keatas junjungan besar nabi Muhammad S.A.W dan ikut sunnah nabi agar bertambah kecintaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W

Jaga batas pergaulan dengan ajnabi dan lebih berhati hati apabila berurusan agar hati tak leka dan lalai dengan keseronokan

Lebihkan manis dalam senyuman kurangkan manis dalam minuman kerana senyum sedekah paling mudah..
cer senyum dengan kawan sebelah,,haa  tengok senang senang je dapat pahala insyaAllah

Berkawan dengan sahabat yang boleh membawa ke syurga

Belajar rajin rajin kerana Allah untuk dapat dekan untuk jadi cemerlang dunia akhirat..insyaAllah

Kurangkan makan dan tidur

Tidak tidur selepas subuh

Semakin matang dalam berfikir dan bergaul dengan menghadiri majlis majlis ilmu

Jadi orang yang sentiasa bersyukur dan banyak bersedekah

Kurangkan masa untuk twitter n facebook sehari 2jam sahaja..susah sikit ni tapi cuba lah untuk kebaikan diri..

Banyakkan masa untuk membaca kalamullah

Tingkatkan doa untuk sahabat sahabat dan saudara saudara di Palestin, Syria dan semua negara yang ada umat Islam yang sedang bergolak

Rajin lagi belajar masak..boleh cepat kahwin,,eh...hihi

paling penting semakin bertambahnya tahun dan semakin bertambah nya umur tiap tiap tahun

akan jadi lebih baik

insyaAllah..Allah mudahkan yang penting kena usaha untuk capai semua ni..



ok sekian sahaja dari baby and me 

eh..hehheeh

just smile always........because my smile tells everything 

senyum manis manis salam ukhuwah ^_^

No comments:

Post a Comment