Sunday 14 October 2012

aku suka senyum cuma kau yang tak perasan

Assalamualaikum pembuka bicara

hendak ku cerita hari ini

semestinya lah tentang si insan biasa

alkisah bermula..

"weh apsal masam ni..ada masalah ke..cer senyum sikit''

"yang aku boleh ckp cuma satu je..ko sombong"

"pehr,,kerek giler minah ni.,.bajet ko cantik sangat r aku nak ngorat,,sikit pon xnak senyum"

"you look so adorable when you smile"

"ko x payah nk kerek sangat lah weyh"

"awak ni friendly x??"

"sweetnya kalau awak senyum,,tapi ntah cuma berapa kali je saya nampak awak senyum"

"ok..jangan marah2..senyum sikit"

"garangnya ko ni,,senyum lah sikit,,aku yang dah lama kenal ko, nak tegur pun takut"

"teachers love your smile..please smile always"

"kenapa ko susah sangat nak senyum ae??

ni lah serba sedikit tentang diri insan biasa yang pernah diungkap manusia sekelilingnya secara direct terus kepada si insan biasa..
ini apa yang didengarnya,,yang lain ntah apalah lagi..semestinya banyak lah lagi..

since zaman sekolah..matrik..hatta U sekali pun..memang org akan label dia sebegini
apa nak buat..
sejak azali bibir nya memang sukar mengukir senyuman


sebenarnya,,perlu kalian tahu..

bukan sengaja aku tak mahu senyum

ku akui aku hanya senyum dengan

insan-insan yang aku kenal sahaja 

dan semestinya bukan dengan strangers- strangers

aku senyum lebih pada kaum sejantina..

dengan family

dengan kawan-kawan sejantina

dengan pokok2 hijau tumbuh melata..dengan kucing,,

aku lebih selesa begini

agak sukar hendak senyum dengan kaum adam..

takut kamu akan tergoda ahahahahh

aku serious

kebanyakan yang menegur aku untuk senyum adalah kaum adam yang entah siapa-siapa

Prof Dr Muhaya Mohd

pernah bekata dalam suatu ceramah beliau

"muka masam orang sombong, suka senyum orang yang humble"

sungguh aku lemas dengar ayat-ayat sebegitu

kerana aku seboleh mungkin mahu jadi orang yang humble..

dengan Allah rendah diri....dengan manusia rendah hati

aku juga telah diajar bahawa

"sedekah paling mudah adalah senyum"

bukan aku tak nak senyum..cuma kau yang tak perasan

dan

bukankah kecantikan seorang muslimah juga terletak pada sekuntum senyumannya

setelah iman dan akhlak yang mulia

kecantikan ini semestinyalah hendak ku kongsi pada yang halal sahaja

insyaAllah,,bila kau sudah menjadi yang halal untukku akan ku hadiahkan senyuman

yang sangat-sangat menawan dan tak mungkin kau lupakan seumur hidup

aku berbicara secara serious ni

better ko dengar and teliti ahahha

ok..

harap kalian semua mengerti

muka masam

pula terjadi apabila si insan biasa berasa sangat malu

eyh macam xde kaitan kan..

tapi biasanya untuk cover malu..

mukanya kan berubah jadi sangat masam

selain tu

mukanya kan jadi masam bila dia melalui suatu kawasan yang argghh,,semuanya lelaki 

muka masamnya akan muncul

dan ehem..kalau kena 'ngorat' pon ofcourse lah mukanya akan masam

haishh..

kamu fikir insan biasa suka ke bermuka masam n xnak senyum

dia hanyalah insan biasa di muka bumi ini..

siapa lah dia untuk sombong

sebelum...

mengakhiri entry berjela jela yang xde org sanggup nak baca

insan biasa hendak 

MINTA MAAF SANGAT SANGAT BUKAN NIAT UNTUK SOMBONG

harap sekali lagi kalian mengerti

kerana aku masih dalam proses belajar untuk bermuka manis dan senyum selalu

doakan si insan biasa ini menjadi bertambah baik

dari segi iman, akhlak dan mutu senyumannya

itu sahaja pintaku..

terima kasih..

"sebarkan senyuman diatas muka bumi...sebarkan bahagia"

gambar sekadar hiasan.......jangan tergoda ahaha,,tetttt...

No comments:

Post a Comment